UJI MINDA

1. Apa akan terjadi sekiranya bumi mengelilingi matahari ?
a. Kejadian 4 musim
b. Kejadian siang dan malam
c. Kejadian bayu laut
d. Kejadian hujan bukit

2. Berapa lamakah bumi mengambil masa untuk berputar pada paksinya?
a. 1 hari
b. 1 minggu
c. 1 bulan
d. 1 tahun

3. Berapa lamakah bumi mengambil masa untuk berputar mengelilingi matahari?
a. 24 jam
b. 24 1/4 jam
c. 365 hari
d. 365 1/4 hari

4. Kejadian yang berlaku apabila bumi berputar mengelilingi matahari ?
a. Kejadian siang dan malam
b. Kejadian pasang surut air laut
c. Kejadian bayu laut
d. Kejadian 4 musim

5. Bilakah berlaku Solstis musim panas dan pada masa itu matahari memancar tepat pada garisan apa ?
a. 21 Mac dan Garisan Jadi
b. 21 Mac dan Garisan Sartan
c. 21 Jun dan Garisan Jadi
d. 21 Jun dan Garisan Sartan

6. Bilakah berlaku Ekuinoks Musim Luruh dan pada masa itu matahari tepat memancar pada garisan apa ?
a. 22 Disember dan Garisan Jadi
b. 22 Disember dan Garisan Khatulistiwa
c. 23 September dan Garisan Khatulistiwa
d. 23 September dan Garisan Sartan

7. Apa akan terjadi di Hemisfera Utara sewaktu musim sejuk ?
a. Mengalami waktu siang lebih panjang daripada malam
b. Mengalami waktu malam lebih panjang daripada siang
c. Mengalami 12 jam siang dan 12 jam malam
d. Mengalami waktu siang dan waktu malam yang sama panjang.

8. Sewaktu Hemisfera Utara mengalami Musim Bunga, Hemisfera Selatan akan mengalami musim apa?
a. Musim Sejuk
b. Musim Panas
c. Musim Bunga
d. Musim Luruh

9. Sewaktu Hemisfera Selatan mengalami Musim Sejuk, Hemisfera Utara akan mengalami musim ?
a. Musim Bunga
b. Musim Panas
c. Musim Luruh
d. Musim Sejuk

10. Musim yang berlaku di Hemisfera Utara pada tarikh 23 September?
a. Musim Bunga
b. Musim Panas
c. Musim Luruh
d. Musim Sejuk

Leave a comment