BAB 2 : POTENSI DAN HALANGAN BENTUK MUKA BUMI KEPADA KEGIATAN MANUSIA

Potensi Kawasan Tanah Tinggi
·Kawasan tanah tinggi mempunyai sungai yang beraliran deras yang berpotensi untuk menjana kuasa hidroelektrik seperti:
<1> Empangan Chenderoh, Empangan Kenering, dan Empangan Temmenggor di Perak
<2> Empangan Tenom Pangi di Sabah
<3> Empangan Bakun di Sarawak.
·Kawasan tanah tinggi dengan udara yang segar dan nyaman amat sesuai untuk industri pelancongan seperti di:
<1> Tanah Tinggi Cameron, Bukit Fraser, Tanah Tinggi Genting,
dan Bukit Tinggi di Pahang
<2> Bukit Larut di Perak
<3> Gunung Kinabalu di Sabah.
·Gua batu kapur dengan ciri fizikal seperti stalaktit dan stlagmi menjadi tarikan pelancong seperti di:
<1>Gua Sam Poh di Perak
<2>Batu Caves di Selangor
<3>Gua Niah dan Gua Mulu di Sarawak
<4>Gua Gomantong di Sabah
<5>Gua Musang di Kelantan.
·Kawasan tanah tinggi yang kurang daripada 1200 meter diliputi hutan hujan tropika yang membekalkan kayu keras bernilai tinggi seperti meranti, cengal, keruing, dan merbau.
·Gua batu kapur kaya dengan sarang burung layang-layang yang digunakan sebagai ubat tradisional seperti dari Gua Niah dan Gua Gomantong.
·Kawasan tanah tinggi membekalkan bahan binaan seperti batu granit, batu kapur, dan batu marmar.
Potensi Kawasan Tanah Pamah
·Sebagai pusat perlombongan biji timah seperti LembahKinta dan Kuala Langat.
·Sebagai kawasan tumpuan penduduk serta perkembangan bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuantan, Ipoh, dan Kota Bharu.
·Sebagai tapak perindustrian seperti di Lembah Klang dan Seberang Perai.
·Sebagai kawasan pertanian seperti:
<1> penanaman padi di Dataran Kedah-Perlis dan Delta Kelantan
<2> penanaman getah dan kelapa sawit di kawasan yang beralun dan bersaliran baik
·penanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan penternakan ikan air tawar di kawasan lombong.
·Kawasan bekas lombong ditebus guna untuk dijadikan kawasan pertanian (sayur-sayuran dan buah-buahan) an penternakan ikan air tawar seperti di sekitar Ipoh, Perak.
·Memudahkan pembinaan jalan raya, jalan kereta api, dan lapangan terbang.
Potensi Kawasan Pinggir Laut
·Pantai pasir yang indah menjadi tumpuan kegiatan rekreasi dan pelancongan seperti Batu Ferringhi, Pantai DEsaru, Pantai Cahaya Bulan, dan Pantai Cherating.
·Pulau Langkawi, Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Kapas, dan Pulau Sipadan terkenal dengan pantai berpasir yang berair jernih, dan kaya dengan terumbu karang.
·Sebagai tapak pelabuhan perikanan dan petempatan nelayan seperti Kualu Besut, Pulau Pangkor(Perak), dan Pulau Ketam.
·Sebagai tapak pelabuhan kerana terlindung daripada tiupan angin kencang dan mempunyai air yang dalam seperti Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Pasir Gudang.
Potensi Saliran
·Sebagai tapak tamadun dan pusat perdagangan awal seperti muara Sungai Melaka dan kuala Sungai Muda.
·Bahagian hulu sungai menjadi tapak janakuasa hidroelektrik seperti Empangan Chenderoh, Empangan Kenyir, dan Empangan Batang Ai.
·Sebagai sempadan semula jadi seperti:
<1> Sungai Golok sebagai sempadan antarabangsa antara Malaysia dengan Thailand.
<2> Sungai Bernam sebagai sempadan negeri antara Perak dengan Selangor.
<3> Sungai Kerian sebagai sempadan negeri antara Perak dengan Kedah.
<4> Sungai Endau sebagai sempadan negeri antara Pahang dengan Johor.
· Sebagai pusat rekreasi dan pelancongan seperti Air Terjun Kota Tinggi di Johor dan Air Terjun Sekayu di Terengganu.
· Sebagai pembekal ikan air tawar.
· Sebagai pembekal air untuk kegunaan harian seperti Empangan Klang Gates di Lembah Klang.
· Sebagai kaedah pengangkutan untuk menghanyutkan kayu balak seperti Sungai Rajang dan Sungai Kinabatangan.

Pulau Redang dan Pulau Perhentian terkenal dengan pantai dan terumbu karang yang indah.
Banjaran Titiwangsa:
·kaya dengan batu granit dan batu kapur yang penting untuk sektor pembinaan.
·mempunyai pusat peranginan – Bukit Fraser, Tanah Tinggi Cameron, dan Tanah Tinggi Genting.
·mempunyai potensi untuk penjanaan kuasa hidroelektrik.
Tanah Tinggi Cameron:
·pusat peranginan.
·kawasan penanaman teh, sayur-sayuran, dan bunga-bungaan.
·mempunyai stesen jana kuasa hidroelektrik.

Sungai Rajang dan Sungai Kinabatangan:
penting untuk membawa penumpang dan mengangkut barangan pukal seperti kayu balak dan beras.
Gua Niah:
petempatan awal, pusat pelancongan, pembekal sarang burung layang-layang dan tahi kelawar untuk dijadikan baja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s