BAHAGIAN C : KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

Apakah Kajian Geografi Tempatan?

 Ramai orang ingin tahu rahsia untuk membuat folio Kajian Geografi Tempatan (KGT) dengan baik.Bagaimana cara untuk mendapat gred A atau markah yang tinggi atau markah penuh dalam FolioKajian Geografi Tempatan? Ikutilah panduan guru yang mengajar subjek ini.Ramai juga yang bertanya, bagaimana dan di mana para pelajar boleh mendapatkan contoh folioKajian Geografi Tempatan. Untuk tujuan ini, para pelajar boleh melayarilaman web Dragonizer. 
 

Keperluan Kajian Geografi Tempatan
 Kajian Geografi Tempatan memerlukan murid menjalankan kajian di kawasan yang dipilih. Kajianberfokus kepada ciri-ciri geografi di kawasan kajian selaras dengan tema yang dipelajari mengikutperingkat pembelajaran atau isu-isu geografi semasa.
Huraian:
Setiap tajuk mempunyai tema yang tersendiri. Contohnya tajuk
Dinamik Penduduk.
Adik-adik perlu mengenalpasti taburan penduduk (boleh dibuat pemetaan rumah-rumah) untukmengetahui kepadatan penduduk di lokasi kajian.Selain itu, adik-adik juga perlu mengetahui
pergerakan atau aktiviti penduduk sebagai tindakbalas terhadap faktor ekonomi, politik, sosial dan fizikal.
Maksudnya, adik-adik perlumenerangkan kenapa di laut, ramai penduduk bekerja sebagai nelayan, di kawasan hutan, kenaparamai yang bercucuk tanam dan sebagainya.Adik-adik juga perlu menerangkan
perubahan penduduk dan implikasinya terhadap keperluanpenduduk.
Ini berkaitan dengan soal pekerjaan juga. Apabila ramai orang mahu bekerja kilang,apakah yang berlaku terhadap aktiviti pertanian di lokasi kajian, contohnya.Juga
kesan perubahan penduduk terhadap alam sekitar.
Contohnya, ramai penduduk menerokahutan, menebang pokok balak. Apakah kesannya terhadap cuaca dan sungai? Sebab kawasanhutan sebagai tadahan hujan telah diterokai. Begitulah seterusnya
 
Tujuan Kajian Geografi Tempatan

 Kajian juga bertujuan meluaskan persepsi murid terhadap persekitaran dan penguasaan KemahiranGeografi. Murid dapat mengaplikasi pengetahuan geografi dalam kajian yang dijalankan.
Penekanan Dibuat Semasa Melaksanakan Kajian Geografi Tempatan
 Semasa merancang dan melaksanakan kajian, tumpuan perlu diberikan kepada pengembangan danpenguasaan kemahiran berfikir dan kemahiran belajar bagi membolehkan murid membuatkeputusan dan menyelesaikan masalah secara rasional dalam menghadapi cabaran hidup yangsemakin kompleks.
Huraian:
 Sebagai seorang pelajar sekolah, kemahiran berfikir adik-adik diuji menerusi KGT ini.Galakkan kata kunci seperti apa, bila, bagaimana, kenapa dan bagaimana tercetus di minda adik-adik. Kaitkan setiap objek atau subjek yang adik kaji dengan perkara lain. Contohnya, kenapa tanahdi sini subur? Kaitkan dengan faktor cuaca, lokasi, bentuk muka bumi dan sebagainya. Kemahiranbelajar pula merujuk kepada teknik-teknik atau kaedah pembelajaran yang digunakan. Adakahtindakan yang diambil sesuai dan dapat meningkatkan peluang adik-adik untuk memahami sesuatuperkara yang dikaji.Kepelbagaian kecerdasan murid perlu diambil kira bagi memperkukuh dan memperkayapengalaman pembelajaran mereka dalam usaha membentuk manusia yang peka kepada isu ataupermasalahan yang berlaku dan mampu membuat ramalan, menjangka akibat sertamengendalkannya ke arah keharmonian dan kecemerlangan hidup.
Huraian:
KGT menguji pelbagai aspek kecerdasan, antaranya:
y
 
Kecerdasan logik:
Kemahiran berfikir secara logik. Adik-adik perlu berfikir secara logik untuk setiapperkara yang dicetuskan dan langkah-langkah penyelesaian yang diambil untuk masalah-masalah yangtimbul semasa melaksanakan KGT. Juga memikirkan sebab dan punca berlakunya sesuatu perkara,secara logik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s